Sulit
5 tahun
Sesak nafas n macam ada sesuatu kat tekak
saya wanita dalam umur 30an dan berat badan 80ketas…tahun lepas saya ada kena gastrik sampai skrg…dalam bulan ini saya kena sesak nafas dah nak seminggu…mcm pandek nafas n x selesa dan menganggu harian saya dan terasa tekak saya macam ada sesuatu…saya dah pergi klinik…ubat yg diberi ubat gastrik.ubat angin.n ubat kolesterol.kadang2 bercakap pun ada rasa sesak nafas…saya nak sihat mcm dulu boleh angat barang berat n mcm boleh buat…sekarang nie musim covid dan dalam fikiran saya pun jadi negativ…adakah saya perlu ke klinik lagi doc
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Hai/Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami/atas soalan yang diajukan.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Refluks asid atau GERD
- Serangan asma
- Anemia (kurang darah merah)
- Jangkitan paru-paru
- Tuberkulosis atau Tibi
- Masalah saraf
- Masalah jantung
Masih mengalami masalah sesak nafas? Pakar paru-paru sedia membantu!
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor segera supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda kerana hal ini memerlukan perhatian dan ia mungkin berpunca daripada masalah yang lebih serius.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di ( DoctorOnCall ) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.





































