
Sulit
4 tahun
Sesak nafas pada musim sejuk di korea
Hello doktor… sya berada di korea selatan… pada musim sejuk skrg ini sya mengalami sesak nafas sedikit bila berada di luar dan terdedah pada keesejukan… apakah saya ada masalah jantung atau yang lain-lain… sesak nafas saya tidak seteruk sangat tapi saya tidak selesa apabila berada di kawasan luar yang terdedah kepada kesejukan…tolong bantu saya doktor… terima kasih…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Hidung tersumbat dan sukar bernafas? Dapatkan kelegaan segera.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi iaitu sesak nafas ketika dalam keadaan sejuk. Untuk makluman pihak anda, masalah sukar bernafas ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Penyakit Asma
- Anemia - kurang darah merah
- COPD: Masalah paru-paru sempit
- Penyakit tibi
- Alahan
- Penyakit jantung koronari
- COVID-19- Berdasarkan simptom sukar bernafas anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui rawatan yang sesuai, punca masalah yang anda hadapi haruslah diketahui terlebih dahulu. Untuk itu, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat. Terima kasih.