
Sulit
5 tahun
Sesak nafas, perut kembung, lemah badan
Sya annur dari banting, umur saya 32 tahun, saya mempunyai 4 org ank… masalah yg saya alami sekarang. Saya rasa sesak nafas, sakit badan-badan, batuk dan badan terlalu lemah. Dalam masa yg sama, perut saya nampak agak kembung…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- masalah saluran pencernaan seperti gastrooesophageal reflux ( asid perut naik ke atas),peptic ulcer disease (perut luka)
- masalah jantung seperti dilated cardiomyopathy (jantung membesar), serangan jantung
- masalah saluran darah seperti pembesaran atau koyakan arteri badan
- masalah paru-paru sepeti pneumonia (jangkitan paru-paru), fibrosis (paru-paru berparut)
Oleh kerana pelbagai sebab boleh menjadi punca puan mengalami masalah tersebut kami perlu mengajukan beberapa soalan kepada puan untuk mengenalpasti dengan tepat penyebab masalah puan. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.