
Sulit
4 tahun
Sesak nafas,rasa makanan tersekat di dada,mual walaupon lepas makan,
hai saya umur 20 tahun,saya dh sebulan sesak nafas jantung berdebar debar tekak kering bila jumpe doktor,doktor ckp syaa kene anxiety attack…lepastu dh reda tau anxiety tu tpi bende lain pulak dtg…bila lepas makan rasa makanan tu tersekat di dada…sedu setiap hri…kadang ii rasa mual tpi xmuntah,kerap sendawa😪bole minta penjelasan tak doktor tentang penyakit saya…?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Masalah jantung
- Jangkitan paru-paru
- Tuberkulosis
- Serangan asma
- Serangan gastrik
- Refluks asid atau GERD
- Radang selaput dada atau tulang rusuk (costochondritis)
- Hipertiroid
- Psikologi: Stres atau tertekan, kemurungan (depression), keresahan (anxiety)
Jangan tunggu sehingga sakit menyerang. Jaga jantung anda bermula sekarang.
Sesak nafas boleh disebabkan oleh masalah jantung. Dapatkan nasihat daripada pakar kardiologi
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Sukar untuk kami katakan masalah sebenar yang anda alami kerana maklumat lanjut dan pemeriksaan secara fizikal dan klinikal perlu dilakukan. Oleh itu, kami sarankan anda untuk merujuk perkara ini bersama dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda kerana anda mengalami masalah ini buat masa yang lama dan perkara ini memerlukan perhatian doktor dengan segera.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.