
Sulit
4 tahun
Sesak nafas secara tiba ²
Saya sesak nafas secara tiba². Saya juga mempunyai allergic kepada seafood. Cuma kulit merah and bengkak. Sejak kebelakangan ini saya selalu sesak nafas ketika makan. Tidak kira seafood atau makanan lain( tiada kena mengena dengan seafood). Adakah ia normal? Kadang kala otak terasa bergenyut dan penglihatan menjadi kabur.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu sesak nafas secara tiba-tiba. Untuk makluman anda, masalah ini boleh disebabkan oleh beberapa kondisi kesihatan, seperti:
- Penyakit Asma
- Alahan -terutama jika kerap berlaku setelah memakan makanan tertentu. Digalakkan untuk mengelak pengambilan makanan yang dikenalpasti.
- Anemia - kurang darah merah
- COPD: Masalah paru-paru sempit
- Penyakit tibi
- Penyakit jantung koronari
- anxiety
Hidung tersumbat dan sukar bernafas? Dapatkan kelegaan segera.
Untuk mengetahui punca sebenar dan rawatan yang tepat terhadap masalah yang anda hadapi, maklumat tambahan dan pemeriksaan susulan adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat.
Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk perkara ini lebih lanjut secara langsung dengan doktor di klinik/hospital berdekatan bagi mendapatkan kesimpulan yang lebih sempurna. Hal ini kerana masalah kesukaran bernafas adalah suatu masalah yang perlu diambil serius. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih