Sulit
5 tahun
Sesak nafas seperti mengah dan adakah saya tidak menunjukkan sebarang simptom covid19 tapi dalam diam saya dijangkiti virus ini?
Hi im a 25 yo girl . Sejak kebelakangan ini dah 2 hari berturut-2, im having dificulties to breath especially bila baring. First day , its on and off but yesterday , it doesnt stop . I had to take my time to breath everytime . Ini sahaja simptom yang saya hadapi. Saya sangat risau . Ive heard that you dont have a symptom but you can be a carrier of covid19 virus. Should i concern abiut this?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Selamat sejahtera. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk makluman anda, menurut WHO, simptom-simptom COVID-19 yang lazim dilaporkan ialah:
- Demam (lebih daripada 37.5 darjah celsius)
- Keletihan
- Batuk
- Lenguh dan sakit sendi
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Kesukaran bernafas
Anda perlu khuatir jika anda baru pulang dari negara yang terjejas teruk dengan wabak COVID-19 atau anda mempunyai kontak rapat dengan mereka yang SAH dijangkiti COVID-19. Oleh itu, anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































