Sulit
4 tahun
Sesak nafas/sukar bernafas secara tiba-tiba
Saya mengalami kesukaran bernafas sejak 3 hari lalu. ketika saya menarik nafas, ianya seperti tidak sampai sehingga saya menarik semula nafas dengan paksaan. Saya tiada demam, selsema, batuk, atau sakit/nyeri dada sepanjang 3 hari keadaan ini berlaku. Apakah saya mengalami salah satu faktor berikut :
- GERD
- ASMA
- Gejala covid
- Masalah pada jantung @ paru2
atau ada faktor lain yang menyebabkan saya sukar bernafas?
Saya telah membuat test Covid menggunakan Antigen Covid Kit dan mendapat negatif result. saya memohon penerangan dari pihak Doktor.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, gejala anda alami tersebut mungkinnya disebab oleh beberapa perkara, contohnya:
- Jangkitan paru-paru (virus, kuman, kulat dan lain)
- GERD
- Penyakit jantung (sekiranya ada sejarah penyakit jantung)
- Alahan pada makanan atau ubat
- Penyakit kurang darah
- Penyakit kelenjar
- Penyakit buah pinggang
Untuk mengetauhi punca penyebab masalah gejala anda, terangan dan sejarah yang jelas diperlukan, serta ujian tambahan dan penyelidikan lebih lanjut. Oleh itu, anda perlulah merujuk masalah ini kepada doktor dengan lebih lanjut supaya rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincang.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Doktor Pakar Paru-paru.



































