
Sulit
4 tahun
Sesak nafas, tangan berasa kebas dan gigil, jantung laju walaupun dalam keadaan rehat
Saya mempunyai masalah bernafas dua minggu. Saya sukar benafas, bila bernafas dada saya sakit dan berat. Saya telah jumpa doc pda 2/4, doc hanya advice saya guna inhaler dn makan ubat. Tp selepas seminggu saya masih sukar bernafas. Paling teruk bila saya rasa tangan saya kebas dan jantung saya laju. Apa advice utk say? Patut saya ke hospital utk pemeriksaan lanjut?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Saya mendapati anda mengalami gejala degupan jantung laju, sesak nafas, berpeluh dan juga menggigil. Sebelum mendapatkan rawatan yang sesuai, diagnosis yang tepat harus diperolehi. Namun begitu, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan.
Secara am, gejala-gejala yang dihadapi oleh anda boleh disebabkan oleh:
- Masalah kelenjar tiroid (hypertiroid)
- Anemia (kekurangan darah merah)
- Penyakit jantung
- Serangan panik
- Pneumonia
Bagi mengatasi masalah anda, puncanya haruslah diketahui sebelum rawatan yang sesuai boleh diberikan. Memandangkan tiada diagnosis yang tepat, kami tidak dapat untuk menjawab soalan anda mengenai rawatan untuk masalah anda. Amat disarankan untuk anda merujuk masalah ini dengan lebih lanjut bagi mengetahui punca, dan seterusnya mendapatkan rawatan yang sesuai.
Untuk makluman pihak anda terdapat kemungkinan masalah lain yang boleh menyebabkan gejala yang anda halami. Ini hanyalah jawapan am bagi soalan anda. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami melalui atas talian secara peribadi untuk mendapatkan penyelesaian kepada masalah anda. Terima kasih.