
shah_pbp
2 tahun
Sesak nafas tapi sekejap sahaja
saya pergi ke klinik swasta sebab saya penah sesak nafas tapi sekejap sahaja.doktor periksa dapati peparu saya sempit dan dijangkiti bateria/kulat.ujian test darah saya
dapati WBC saya tinggi.doktor bagi saya
ubat antibiotik jenis clamentin 625gm selama 3 hari.adakah.WBC saya tinggi 14.1 menunjukkan saya covid19?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera.
Terima kasih untuk soalan anda. Untuk makluman anda, antibiotik bertujuan untuk membunuh bakteria. COVID-19 bukan sejenis bakteria tetapi sejenis virus. Oleh itu, doktor yang merawat anda mengesyaki anda mendapat jangkitan bakteria di paru-paru. Saya tidak dapat membuat kesimpulan sekiranya anda menghidapi COVID-19 ataupun tidak. Diagnosis cuma dapat diberi setelah penilaian penuh dilakukan. Oleh kerana anda telah bertemu dengan doktor untuk rawatan, saya sarankan anda makan ubat-ubatan yang diberi dan teruskan memantau simptom anda. Anda juga boleh melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.