
Sulit
4 tahun
Sesalu pensan sebab ke kurang darah
Mak pertua Sy berunut 70lebih thn. Dia pengidap diabetes dan baru dpt tau dia ada drh tingi… Tetapi skrng dia sesalu pensan Dan kurng drh… Blh bg suggestion mknan tambahan yg sesuai dgn dia… Sbb skrng ni suami Sy hnya beranggap susu ensure tu shja boleh buat mak mertua Sy sihat…

5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, kurang darah juga dikenali sebagai anemia. Antara langkah untuk mengatasi masalah ini ialah:
- Pengambilan makanan seimbang
- Suplemen vitamin dan zat
- Transfusi darah
- Pembedahan sum sum tulang
- Mencari sumber pendarahan dan menghentikannya
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan fizikal adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.