Sulit
5 tahun
Seseorang yang saya kenal telah didapati mendapat penyakit gonorhea tapi cuma belum dipastikan sebetulnya. jadi dia mahu tahu yg penyakit ni ubatnya ada tk dijual di farmasi selain hospital?
Kawan saya mendapati yg dia telah dijangkuti penyakit gonorhea sekarang dia mahu tahu yg ubat penyakit gonorhea ni bole ke didapati di farmasi?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman anda, penyakit gonorrhea disebabkan oleh sejenis bakteria bernama Neiserria gonorrhea. Penyakit kelamin ini dirawat menggunakan antibiotik. Antibiotik ini diberi dalam bentuk suntikan dan pil. Oleh itu, rawatannya cuma boleh didapati di klinik atau hospital. Kawan anda amat disarankan untuk mendapatkan rawatan yang sepatutnya untuk mengelakkan komplikasi daripada jangkitan gonorrhea yang tidak dirawat.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami melalui atas talian secara peribadi untuk mendapatkan penyelesaian kepada masalah anda. Terima kasih.



































