
Sulit
4 tahun
Sesuai kan Asid Folic 800mcg di amalkan
Assalamualaikum hey sya wanita yg da berkwin dan ingin bertnya boleh kah Asid folic 800mcg di amalan, sedgn kan kebiasaan yg sya lihat pada asid folic yg lain hnya 500mcg…??? boleh bgi sya keterangan yg lebih lanjut tntng asid folic.

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini(DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Asid folik adalah sejenis vitamin B6 yang dapat digunakan sebagai vitamin kesuburan untuk membantu kehamilan dan perkembangan bayi di dalam kandungan.
Asid folik juga membantu membekalkan nutrien tambahan dan pembentukan sel darah merah bagi wanita yang sedang haid kerana nutrien-nutrien ini telah hilang bersama darah yang keluar. Jadi pengambilan asid folik semasa haid adalah perlu dan tiada masalah untuk mengambilnya.
Untuk menjawab soalan anda, anda hanya perlu mengambil 500mcg folic acid 3 bulan seawalnya sebelum mengandung. Tetapi jika anda ingin mengambil lebih daripada 500mcg, anda dinasihati untuk pergi berjumpa doktor.
Kesan sampingan asid folik ialah gangguan perut/usus, allergi dan gangguan penafasan. Saya sarankan unutk anda bercakap dengan doktor untuk maklumat lanjut serta ubat yang sesuai untuk anda.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.