
Sulit
5 tahun
Sesuaikah pesakit hiv melakukan rawatan bekam
Kawan sy seorg PLHIV dan dalam rawatan HAART…bolehkah dia melakukan bekam sedangkn dia dlm rawatan HAART?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, tiada kajian saintifik yang boleh dirujuk bagi mengetahui samada pesakit HIV mendapatkan rawatan HAART dan bekam.
Walaubagaimanapun, jika dia ingin melakukan bekam, dia harus memberi tahu pihak yang bertanggungjawab di pusat bekam bagi mengambil langkah yang sewajarnya untuk mengelakkan jangkitan HIV kepada orang lain. Misalnya, mencuci mangkuk bekam sebelum digunakan orang lain dan sebagainya.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.