Promosi eFarmasi Terkini Konsultasi bersama Pakar
Perlu Bantuan?
Sebahagian daripada doktor di DoctorOnCall


Dr Sashini Seeni

Perubatan Am

Dr M Ramzdhan

Perubatan Am

Dr Nathaniel Ho

Perubatan Am

Dr Rashid Khan

Perubatan Am

Dr Nurhayati

Perubatan Am

Dr Sri Viknarajan

Perubatan Am

Dr Fatahiyah

Perubatan Am

Dr Nur Syuhada

Perubatan Am

Dr Lee Chin Meng

Perubatan Am

Dr Mohamad Kashfi

Perubatan Am

Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris
Doktor-doktor kami boleh menulis dalam Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris
Doktor bertauliah
Semua doktor di DoctorOnCall adalah berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia
Privasi Terjamin
Sebarang data anda tidak akan didedahkan kepada mana-mana pihak
Pantas Dan Cekap
Sebarang pertanyaan anda akan dijawab oleh doktor degan segara
*Forum ini terbuka kepada umum. Elakkan daripada berkongsi maklumat sulit anda seperti no telefon dan email kerana ia boleh dilihat oleh orang lain.
Hantar Secara Sulit

Berikan tajuk untuk masalah kesihatan anda
*Tajuk anda mestilah melebihi 20 patah perkataan
Terangkan dengan lanjut masalah kesihatan yang anda alami
*Penerangan anda mestilah melebihi 20 patah perkataan
Sila masukkan alamat emel anda supaya kami dapat menghantar jawapan bagi soalan anda

Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Sesuatu berwarna putih pada vagina

Dijawab oleh: Dr Ramzdhan

Dikemaskini pada: Mei 5, 2021 3:03 AM
Sulit 3 hari

Hi doc, sy 18 tahun. Sy ada membaca sesuatu yg mengghairahkan namun tidak mencapai tahap klimaks. Setelah itu sy ke tandas dan mendapati sesuatu berwarna putih pada bahagian dlm bibir faraj. Bertekstur melekit mcm pegang butter,dan berwarna putih. Sy ada baca article dan mengatakan itu adalah smegma dan tidak berbahaya. Betulke doc? Tapi sy tidak mengalami sebarang simptom seperti gatal atau berbau. Hanya benda putih tu shj yg ada, smegma ke tu doc? How to prevent it? Dan kenapa dy ada?

Dr Ramzdhan 3 hari
General Practitioner

Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami

Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Secara amnya, lelaki dan wanita mempunyai kelenjar sebum (sebaceous gland) di bahagian zakar dan faraj. Ia berfungsi sebagai pelincir di bahagian ini. Bagi wanita, smegma boleh terkumpul di bahagian bibir faraj dan clitoris. Perkara ini adalah normal, namun jika tidak dibersihkan dengan betul, ia boleh terkumpul dalam faraj.

Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, sukar bagi kami untuk memberikan kesimpulan tanpa melakukan pemeriksaan dalam hal ini. Untuk makluman anda, masalah yang anda alami boleh juga disebabkan keputihan. Keputihan merupakan fenomena normal yang sering berlaku keatas wanita, namun ia juga boleh menjadi petanda kepada pelbagai penyakit. Bagi memudahkan pemahaman, keputihan boleh dicerakinkan kepada dua klasifikasi besar iaitu keputihan yang berlaku disebabkan fisiologi normal badan ataupun berpunca daripada sakit penyakit atau juga dikenali sebagai patologik.

  • Keputihan fisiologi

Keputihan fisiologi selalunya hadir pada ketika wanita itu sedang subur ataupun sebelum datang haid. Bagi keputihan normal, kelazimannya ia berwarna putih atau krim dan ada kalanya berlendir. Namun, lendir bagi keputihan fisiologi bersifat cair, tidak melekat, tidak berbau dan dalam kuantiti yang sedikit. Jika perkara yang sebaliknya berlaku, ia berkemungkinan merupakan keputihan patologik.

  • Keputihan patologik

Bertentangan dengan ciri-ciri keputihan fisiologi, keputihan patologik kebiasaannya berwarna kuning, hijau dan ada kalanya berwarna kelabu mengikut jenis patologi atau penyakit yang berlaku. Keputihan patologik berlaku pada ketika seseorang itu mengalami jangkitan atau keradangan. Ciri tambahan yang ada pada keputihan patologik ialah ia selalunya menyebabkan pesakit mengalami kegatalan pada kawasan kemaluan. Permukaan kulit pada faraj pesakit juga akan kelihatan kemerah-merahan dan berbintik. Bagi keputihan jenis ini pula, tekstur lendir yang dikeluarkan terasa melekat dan berbau. Keputihan patologik memerlukan rawatan yang terperinci kerana ia menandakan bahawa seseorang itu mengalami penyakit.

Terdapat beberapa punca keputihan patologik, antaranya ialah:

  • jangkitan kuman (parasit, bakteria dan yis)
  • ketidaksemibangan hormon
  • masalah kesihatan
  • gaya hidup yang tidak sihat

Risau dengan masalah keputihan? Dapatkan penjagaan wanita yang terbaik buat anda.

Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih

Jangan biarkan masalah keputihan menganggu kehidupan seharian anda. Dapatkan nasihat daripada pakar sakit puan .

AdobeStock_127296206

Dikemaskini pada: Wed May 05 2021 03:03:00 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4
Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar Pakar Sakit Puan tentang kesihatan am wanita secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor RM19.99 Konsultasi Pakar Dari RM80
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
Perkhidmatan Saringan COVID-19
Lihat semua perkhidmatan saringan coronavirus COVID-19 Malaysia. Ujian PCR/RTK di rumah, klinik, pandu lalu atau ke presmis anda.
Lihat Semua Ujian COVID-19