
Sulit
3 tahun
Sesuatu di kemaluan wanita
Saya merupakan seorang pelajar berusia 21 tahun dan belum berkahwin. Setahun yg lepas, saya lerasan ada sesuatu seperti tali yg keluar dari kemaluan belah kanan saya. Pada mulanya tidak sakit. Sekarang ia tiba2 menjadi keras dan sakit. Apa punca ia terjadi? Selain itu, saya juga mengalami senggugut yang sangat sakit sehingga saya tidak boleh tidur.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.
Berdasarkan penerangan yang telah diberi, setahun yang lepas, anda perasan ada sesuatu seperti tali yang keluar dari kemaluan yang kini menjadi keras dan sakit. Anda juga mengalami senggugut yang sangat sakit sehingga tidak boleh tidur.
Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa faktor yang boleh mempengaruhi keadaan keputihan seseorang wanita, keadaan keputihan yang normal adalah seperti berikut:
- Berwarna bening
- Tidak berbau
- Tidak gatal
- Sedikit kental
Sekiranya anda mendapati ada perubahan kepada keadaan keputihan anda, ini boleh jadi merupakan satu simptom untuk penyakit berikut:
- Bacterial vaginosis
- Jangkitan kandidaisis
- Jangkitan Chlamydia
- Jangkitan Gonorrhoea
- Jangkitan Trichomoniasis
- HPV
- Herpes
Anda perlu mendapatkan nasihat doktor untuk diagnosis yang tepat dan rawatan yang sepatutnya.
Saya berharap kenyataan diatas dapat membantu dan sekiranya anda memerlukan penjelasan yang lebih lanjut, anda boleh bercakap dengan doktor kami atau mendapatkan nasihat doktor pakar sakit puan kami secara atas talian. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar sakit puan