
goosip_girl
2 tahun
Setelah makan ubat cacing, berapa lama cacing akan mati
Assalammualaikum dan salam sejahtera doktor . Saya ada seorang anak berusia 1tahun 8bulan . Lepas balik dari kampung, saya dapati anak saya kurang selera makan dan susu . Sering masukkan jarinya ke mulut . Pada satu hari tu saya perasan ada cacing bewarna merah jambu ketika membasuh najis anak saya . Saya telah berikan 1 tablet ubat cacing champ 200mg kepada anak saya seminggu yang lepas . Hal ini menyebabkan anak saya sembelit . Najis kelihatan ada cacing yang telah mati, tapi sampai sekarang ketika saya mencuci punggung anak, kelihatan masih ada cacing yang hidup . Pertanyaan saya, berapa lama cacing akan mati selepas makan ubat cacing ? Terima kasih .

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman pihak anda, kekerapan pengambilan ubat cacing yang disarankan adalah 6 bulan sekali. Biasanya ubat cacing berkesan membunuh cacing dalam masa beberapa hari. Sekiranya selepas dua minggu gejala kecacingan ini masih timbul, sila rujuk anak anda ke klinik agar rawatan selanjutnya dapat diberikan.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan nasihat lanjut. Terima kasih.