
Sulit
4 tahun
Setiap hari mual selepas makan
saya perempuan berumur 17 tahun. saya sering mengalami degupan jantung yang laju walaupun dalam posisi rehat seperti duduk dan baring. Kadang kadang , degupan jantung saya terlampau kuat dan laju sehingga saya dapat merasainya. setiap hari saya akan mual selepas makan dan perut saya seperti banyak angin dan ingin muntah walaupun makan dalam kuantiti sikit. ia menyebabkan saya hilang selera makan. dada saya juga terasa seperti ditekan terutama sebelum tidur. ia menyebabkan saya sukar tidur dengan keadaan perut dan dada yang tidak selesa. posisi kepala saya ketika tidur perlu tinggi kerana ia dapat mengurangkan rasa loya ketika bangun tidur. pada waktu pagi , saya sangat letih dan hilang selera makan walaupun dengan air masak dan ini terjadi setiap hari sehingga sekarang. makan pada waktu pagi membuatkan saya ingin muntah dan perut tidak selesa. ada jugak suatu tahap ketika saya cirit birit dan rasa mual yang teruk dan seperti ingin pitam sehingga hilang selera makan untuk beberapa hari walaupun saya hanya makan makanan yang biasa saya makan.

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Maaf, kerana penerangan yang anda berikan masih memerlukan beberapa informasi tambahan bagi mempermudahkan kami untuk mengambarkan hal atau keluhan yang sebenar. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk melanjutkan pertanyaan dengan doktor kami diatas talian.
Disamping itu, memandangkan keluhan yang anda berikan mempunyai sejarah yang agak kronik, saya menyarankan anda untuk mendapatkan perkhidmatan kesihatan yang lebih komprehensif dari hospital atau hospital pakar yang berdekatan. Hal ini adalah untuk memastikan anda mendapat rawatan secara langsung dengan doktor pakar yang lebih arif dalam bidang-bidang yang terkait.
Lazimnya kondisi anda boleh dikaitkan dengan
- perubahan hormon
- gejala psikologi (cemas, kurang rehat, dll.)
- tanda-tanda premenstrual syndrome
- gangguan saluran pencernaan
- gangguan perut kembung
- atau kondisi tubuh lain yang memerlukan rawatan doktor
Justeru sementara menunggu rawatan lanjut dari doktor di klinik atau hospital, anda juga disarankan untuk
- mengamalkan gaya hidup sihat seperti
- melazimi eksesais atau bersenam
- memperolehi diet yang sihat
- mendapatkan tidur yang cukup
- meningkatkan pemakanan yang
- dapat memperpanjang tempoh kekenyangan (i.e. oatmeal, quinoa, telur, dll.)
- tinggi kandungan serat. potasium dan vitamin
- diringi dengan jadual diet dan minuman secara teratur
- menghindari pemakanan yang
- memicu rasa mual atau muntah
- tinggi nilai atau kadar asid
- sayur-sayuran Cruciferous yang berlebihan
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Gastroenterologist kami sedia membantu.
Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.