
carolhii8313
4 tahun
Sexual transmitted diseases
sy berumur 18tahun, sy dijangkiti penyakit std oleh suami sy sendiri. dan sekarang saya mengandung. apa boleh saya lakukan. haruskah saya gugurkan kandungan ini.

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berkenaan dengan masalah yang anda hadapi, gejala yang anda keterangan yang anda berikan adalah kurang jelas. Terdapat beberapa soalan yang harus kami tanyakan bagi mendapatkan maklumat lanjut sebelum kesimpulan tentang masalah yang anda hadapi boleh dibuat.
STD merujuk kepada segala jenis penyakit yang berkaitan dengan jangkitan kelamin. Ia boleh disebabkan oleh pelbagai jenis bakteria dan organisma. Sebagai contoh klamidia, sifilis dan banyak lagi serta kesemuanya akan menunjukkan simptom yang tersendiri. Setiap penyebab akan memiliki komplikasi yang berbeza. Tidak semua penyakit ini memberikan impak kepada kandungan dan juga janin. Oleh itu, kami perlu untuk mengetahui penyakit STD yang mana satu yang sedang anda alami dan apakaha simptom yang sedang anda alami sekarang.
Untuk pengetahuan lanjut juga, kami tidak menyediakn khidmat serta servis berkenaan sengan pengguguran kandungan.
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada doktor kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih.