
Sulit
3 tahun
Side effect amoxicap
Hi doc, saya berumur 16thun bru2 ini saya diarah kan oleh dokter untuk mnghabiskan antibiotik trsebut… adakah benar side effect antibiotik tersebut boleh menyebab kan kulit saya kendur? Adakah itu sementara?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, Ubat Ini berkesan untuk merawat penyalit akibat jangkitan bakteria. Contoh penyakit tersebut ialah:
- Jangkitan saluran pernafasan seperti bronkitis dan pneumonia
- Jangkitan telinga, hidung, dan tekak seperti tonsilitis
- Jangkitan saluran kencing
- Jangkitan kulit dan tisu lembut.
Antara kesan sampingan amoxicillin yang mungkin akan dihadapi oleh pesakit ialah:
- Rasa loya atau mual.
- Muntah-muntah
- Pesakit mengalami cirit-birit.
- Ruam.
Namun, ada juga kesan sampingan yang teruk, iaitu:
- Demam.
- Tindak balas allergi atau alahan (gatal-gatal, sukar untuk bernafas, bengkak pada muka atau tekak).
- Mata terasa panas.
- Sakit tekak.
- Sakit kulit.
- Ruam berwarna merah atau ungu pada kulit, serta mengelupas.
- Sakit perut yang teruk.
- Cirit-birit cair atau berdarah.
- Batuk-batuk yang teruk.
- Pernafasan terganggu (wheezing).
Oleh itu, sebelum mengambil sebarang ubat-ubatan, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.