
Anonymous
5 tahun
Sifilis luka pada kemaluan
Saya mengalami luka pada kemaluan,baru beberapa minggu,kemungkinan saya terkena sifilis,saya nak tanya kalau berada di tahap pertama perlu saya pergi berjumpa doktor?? Saya ade terbaca yang katanyaa ulser atau luka itu akan hilang dalam beberapa minggu tanpa rawatan… akan ada effect kee selepas itu?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Anda dinasihati untuk mendapatkan rawatan doktor secepat mungkin. Ini adalah kerana ia memerlukan pemeriksaan doktor dan beberapa ujian untuk mendiagnosa sifilis. Selain itu, ianya penting untuk doktor memeriksa anda untuk menentukan kaedah rawatan yang sesuai.
Sila berbincang dengan doktor untuk mendapatkan untuk penjelasan yang lebih tepat. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.