Anonymous
6 tahun
Sifilis yang non reactive
si x telah mendapat rawatan suntikan penicillin setelah mndapat tahu terkena jangkitan sifilis, tiada tanda luka atau tanda gejala di kawasan kemaluan nya. Tahap sifilis beliau non reactive, kini si x trauma untuk berkahwin kerana takut tidak diterima oleh bakal pasangan nya kerana sejarah sifilis.
Adakah wajib untk si x mmberitahu tentang sejarah sifilis beliau? Kerana pernah ditolak lamaran kerana mmberitahu tentang sejarah sifilisnya.
Adakah terdapat komuniti pesakit sifilis seperti komuniti pesakit kanser? Supaya si x senang untk berkahwin dgn pasangan yg senasib dgn nya.
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, penyakit sifilis adalah penyakit yang boleh berjangkit melalui hubungan kelamin. Pasangan si X perlu mengetahui akan status sifilis pasangannya itu jika mereka hendak berkahwin kerana ia akan melibatkan kesihatan pasangan si X serta bagi mengelakkan masalah timbul apabila kedua-dua pasangan hendak mendapatkan cahaya mata.
Manakala soalan kedua pula, oleh sebab penyakit sifilis ini adalah perkara yang sensitif, anda boleh bertanya pada doktor di klinik ataupun merujuk kepada klinik Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) yang berdekatan kerana mereka mungkin mengetahui lebih informasi sekiranya terdapat kumpulan untuk mereka yang pernah dijangkiti penyakit sifilis ini. Sekian.

































