
Sulit
4 tahun
Simptom Covid19 selepas tamat tempoh kuarantin
Hi doktor. Saya nak tanya. Selepas sebulan tamat dari tempoh kuarantin, pesakit masih mengalami batuk. Adakah potensi untuk dijangkiti corona virus semula?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Umum mengetahui bahawa saat ini seluruh dunia dilanda wabak COVID-19. Oleh itu, kami memahami kebimbangan anda. Sebagai makluman awal, gejala yang dialami oleh seseorang individu ke individu yang lain adalah berbeza. Tiada corak tetap yang boleh menunjukkan bahawa gejala yang dialami pasti disebabkan oleh COVID-19. Menurut WHO, simptom-simptom COVID-19 yang lebih lazim dilaporkan ialah:
- Demam (lebih daripada 37.5 darjah celsius)
- Keletihan
- Batuk
- Lenguh dan sakit sendi
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Kesukaran bernafas
Walaubagaimanapun, sukar untuk menentukan adakah ianya jangkitan covid atau masalah lain yang boleh menyebabkan gejala sama seperti yang tertera dengan hanya menilai simptom sahaja. Oleh itu, penilaian risiko hendaklah dilakukan bagi membantu pakar perubatan membuat keputusan.
Justeru, anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini.
Melalui ujian ini pesakit akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Untuk makluman anda, ujian swab kedua perlu dilakukan untuk mengesahkan sama ada seseorang masih mempunyai virus tersebut di dalam badan ataupun telah bebas daripada jangkitan tersebut. Kuarantin dilakukan supaya seseorang tidak menyebarkan virus tersebut kepada orang di sekeliling.
Anda juga boleh mengklik pautan ini untuk meminta secara langsung ujian saringan COVID-19 . Atau hubungi Pusat Kesiapsiagaan dan Respons Krisis ( CPRC ).
Talian CPRC:
0388810200
+60178429454
cprc@moh.gov.my
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini