
Sulit
5 tahun
Simptom period yang teruk dan tidak berpenghujung
Salam doktor, saya ada masalah period yang amat teruk bagi saya . Period saya mula berpanjangan hingga 2 bulan dan dalam masa dua bulan tu dia akan sehari berhenti kemudia keesokannya mula banyak semula dan perut saya akan terasa amat sakit di bahagian bawah hampir setiap hari . Kemudian waktu bersih saya paling lama pun 2 minggu dan dalam 2 minggu tu pun akan terjadinya bleeding between perio dan kadangkala ada lendir tapi bewarna merah atau coklat. Discharge pun banyak. Dan period saya ni kira macam tak berpenghujung. Tapi saya ada berjumpa doktor dan dia buat scan dan menyarankan untuk membuat ujian darah beta hcg dan cea tak silap saya dan bila dapat keputusan kedua duanya doktor tersebut kata normal. Tapi saya merasakan sesuatu yang tak normal terjadi pada saya sebab gejala saya ni makin teruk tapi bila doktor dan kata keputusan macam tu saya tak tahu nak kata atau buat apa lagi. Doktor rasa apakah masalahnya

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang puan hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Haid yang normal berlangsung selama 2 hingga 8 hari dan sekitar setiap 24 hingga 38 hari. Merujuk kepada haid yang anda yang berpanjangan sehingga 2 minggu dan kemudian yang tidak teratur datangnya, keadaan ini dapat dikenali sebagai perdarahan rahim abnormal. Perdarahan rahim abnormal dapat disebabkan oleh beberapa perkara, seperti:
- Masalah ovulasi
- Fibroid dan polip
- Keadaan di mana endometrium tumbuh ke dalam dinding rahim
- Gangguan pendarahan
- Masalah berkaitan dengan beberapa kaedah kawalan kelahiran, seperti alat intrauterin (IUD) atau pil kontraseptif
- Keguguran
- Kehamilan ektopik
- Jenis-jenis kanser tertentu, seperti kanser rahim
Merujuk kepada scan, sekiranya pemeriksaan scan yang dijalankan adalah ultrasound, harus diketahui bahawa setiap pemeriksaan mempunyai limitasi tertentu dan tidak dapat melihat sepenuhnya masalah yang dialami. Sementara itu pemeriksaan CEA adalah merupakan carcinoembryonic antigen (CEA) yang merupakan sejenis protein penanda sekiranya anda mempunyai kanser usus besar ataupun rektum. Justeru, sekiranya hasil pemeriksaan diatas adalah normal ia hanyalah bermaksud anda tidak mempunyai kanser usus atau kanser rektum, namun belum menolak kemungkinan masalah kesihatan lain.
Oleh kerana masalah dapat disebabkan oleh pelbagai penyakit, sukar untuk ditentukan yang mana satukah penyakit yang mendasari keluhan anda ini. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kepada doktor kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Silakan untuk merujuk doktor umum sebelum ke doktor pakar untuk dilakukan evaluasi lanjut tentang masalah anda ini. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.