kecixklg2
4 tahun
Simtom-simtom hiv positif
Dalam 2 3 hari ini badan saya tumbuh bintik merah dan gatal-gatal…adakah saya dh di jangkiti hiv…mohon pencerahan doktor
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara:
- Alahan
- Dengue
- Chicken pox
- Scabies
- Pepijat
Senarai bawah adalah aktiviti risiko tinggi HIV yang boleh menjadi penyebab kepada jangkitan HIV adalah:
- Mempunyai lebih daripada satu pasangan seks
- Hubungan seks dengan orang yang positif HIV
- Hubungan seks tanpa perlindungan
- Pekerja dalam bidang perubatan
- Transfusi darah tercemar
- Menyuntik dadah terutama sekali mengguna jarum yang dikongsi bersama
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.