
Anonymous
5 tahun
Skin problem (eczema)
Hi, saya ada masalah eczema pada bahagian peha bahagian belakang dari umur 7 tahun. Sekarang saya berumur 26 tahun. Sekarang eczema saya sudah okay. Tapi pada permukaan kulit yang terkena eczema tu ada tinggal parut hitam dan kasar sedikit. Tapi dah tak gatal. Macam mana saya nak hilangkan parut hitam dan untuk smooth kan kulit saya?

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doctor.
Terdapat beberapa perkara yang boleh dilakukan untuk mengurangkan parut anda :
- mandi dengan air suam
- menggunakan pelembab yang sesuai
- menggunakan pakaian yang selesa dan tidak kasar
- menggunakan sabun yang sesuai dengan kulit agar tidak gatal
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada doktor kami bagi konsultasi secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami.