
Sulit
5 tahun
Skin rashes yang tidak berkurangan
rashes bermula di kulit bahagian abdomen, slowly merebak ke bahagian dada, belakang badan, lengan, peha. telah dapatkan consultation, prescribed with betaclob cream, no improvement, scaboma, still Nampak macam rashes makin bertambah

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, keterangan yang anda berikan tentang deskripsi penyakit anda adalah masih kurang lengkap. Bagaimanapun, berdsarkan corak perkembangan penyakit “rashes” tersebut, ia mungkin disebabkan oleh beberapa perkara. Antaranya:
- Chicken pox
- Herpes
- Penyakit tangan kaki dan mulut akibat Coxsackie virus
- Impetigo yaitu jangkitan lapisan kulit luar akibat bakteria
Memandangkan gejala ini telah berlangsung memburuk setelah pengubatan, dikhuatiri dapat menganggu kondisi kulit anda secara fungsional mahupun kosmetik. Maka, sebaiknya anda mendapatkan perawatan untuk masalah ini. Bagaimanapun, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.