
Sulit
4 tahun
Skip Pil perancang kerana demam selama seminggu
Saya dah makan pil perancang selama seminggu tanpa skip. Dan tiba2 saya demam. Dan saya berenti makan selama seminggu pil tersebut.apa patut sy buat? Perlukah sy mulakan kitaran yang baru?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, jika anda telah tertinggal untuk memakan pil secara berterusan melebihi 3 hari, anda patut menggunakan cara kontraseptif yang lain seperti menggunakan kondom ataupun memakan pil perancang kecemasan ketika melakukan hubungan seks. Mulakan pek baru pada hari ahad yang seterusnya.
Kekalkan kebahagiaan rumah tangga anda dengan mendapatkan perancangan keluarga yang terbaik
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.