
Sulit
4 tahun
Skip pil terakhir(rigevidon )
saya wanita umur 35 tahun. Mohon penjelasan doktor.saya tidak makan pil terakhir iaitu hari yang ke -21 kerana pil terakhir tercicir.hari 23 kami melakukan hubungan. Adakah risiko kehamilan berlaku dalam tempoh ini di sebabkan skip makan pil terakhir? Apa yang perlu saya lakukan sebab belum bersedia untuk hamil lagi.

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, prinsip pil perancang adalah seperti berikut:
- Jika lewat 12 jam memakan pil, pil masih berkesan untuk mencegah hamil. Makan pil tersebut sebaik sahaja ingat dan pil seterusnya harus dimakan pada waktu yang biasa.
- Jika lewat melebihi 12 jam, keberkesanan pil mungkin berkurang. Sekiranya tablet lupa diambil secara berturut-turut, risiko hamil menjadi semakin tinggi.
- Jika lebih dari satu pil lupa dimakan, anda dinasihati supaya berjumpa dengan doktor.
- Jika satu pil pada minggu 1 lupa dimakan, makan pil yang dilupakan sebaik sahaja teringat dan jika perlu, makan 2 tablet sekali gus. Untuk 7 hari selepas itu gunakanlah kondom atau kaedah tambahan untuk mencegah kehamilan.
- Jika satu pil pada minggu 2 lupa dimakan ,makan pil yang dilupakan tersebut sebaik sahaja teringat. Anda tidak perlu menggunakan kaedah tambahan kerana keberkesana pil masih sama.
- Jika satu pil pada minggu 3 lupa dimakan ,anda boleh makan pil yang dilupakan tersebut segera. Selepas habis papan pil ini, janganlah mengambil 7 hari rehat tetapi sebaliknya mulakan papan pil perancang yang baru. Justeru itu, anda tidak akan mengalami haid pada bulan tersebut.
- Sekiranya anda mengalami sakit muntah-muntah atau cirit-birit yang teruk dalam masa 3-4 jam selepas makan pil perancang ini, anda haruslah menggunakan kaedah pencegahan kehamilan tambahan ataupun ikuti nasihat di atas.
Terlepas untuk mengambil pil akan menyebabkan pil perancang itu menjadi kurang efektif dan boleh menyebabkan anda menjadi hamil.
Jalinkan hubungan seks tanpa kebimbangan lagi
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.