
Sulit
4 tahun
Slaam dr, saya mendapat keputusan reactive hiv
slm sejahtera dr, semasa saya mmbuat saringan hiv utk perkahwinan didadapi reaction… soalan saya, berapa lamakah untuk pesakit mendapat keputusan “undetect” selepas membuat rawatan HAART? adakah boleh berkahwin?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, selamat sejahtera dan selamat pagi. Terima kasih kerana mengajukan soalan ini kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang jangkitan HIV. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
HIV atau Human Immunodeficiency Virus adalah virus yang memusnahkan sistem ketahanan badan seseorang dan menyebabkan AIDS. Ini boleh mengakibatkan pesakit mudah mendapat jangkitan kuman dan kanser. AIDS adalah singkatan bagi ‘Sindrom Kurang Daya Tahan Melawan Penyakit’ dan adalah peringkat terakhir jangkitan HIV.
Untuk makluman anda, sehingga kini tiada lagi ubat yang boleh menyembuhkan HIV/AIDS. HAART Highly Active Antiretroviral Therapy adalah sejenis kombinasi rawatan yang digunakan untuk mengurangkan kadar kesakitan yang dialami oleh pesakit HIV, mengekalkan fungsi sistem imun badan dan mengelakkan risiko jangkitan kuman yang boleh membawa maut.
Proses rawatan HAART mengambil masa 3-6 bulan untuk menghasilkan keputusan ‘Undetectable’
bergantung kepada rawatan dan saranan doktor.
Namun begitu, maklumat diatas hanyalah keterangan am tentang masalah ini. Bagi mendapatkan kepastian secara terperinci mengenai diagnosis penyakit, anda perlu melalui pemeriksaan secara teliti dan menyeluruh. Saya sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor berdekatan bagi mendapatkan keterangan dan pemeriksaan yang sempurna. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Terima kasih