
Sulit
4 tahun
SLE (belum biopsy) dan meninggalkan appointment hospital
Saya wanita berumur 22 tahun , disahkan menghidap SLE pada pertengahan tahun lalu. Pernah ditahan di wad dan dibekalkan prednisolone dan sebagainya.
Tetapi telah berhenti makan ubat tersebut
untuk beberapa bulan kerana
terpengaruh dengan cakap orang tentang kesannya. Perlukah saya kembali ke hospital untuk menyambung rawatan dan menjalani biopsy
buah pinggang dan MRI otak seperti yang
disarankan oleh Dr pakar sebelum ini? Bolehkah
saya menyambung dihospital kerajaan pula?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk makluman anda, SLE adalah penyakit autoimmune dimana system pertahanan badan kita menyerang sel badan kita sendiri. Memang benar prednisolone tersebut mempunyai banyak kesan sampingan tetapi ianya penting untuk membantut proses patologi penyakit SLE anda bagi mengelak kesan yang lebih parah akibat dari penyakit tersebut. Ubat ini tidak boleh dihentikan sesuka hati dan harus dikurangkan sedikit demi sedikit mengikut arahan doktor sebelum berhenti. Oleh yang demikian, saya amat menggalakkan anda untuk ke hospital bagi mendapatkan rawatan.
Anda boleh mendapatkan rawatan di hospital kerajaan. Selepas maklumat lanjut dan pemeriksaan dilakukan, keperluaan untuk ujian pemeriksaan biopsi buah pinggang dan MRI ini bergantung kepada doktor setelah yang merawat anda nanti.
Nasihat saya, anda disarankan untuk kembali ke hospital bagi mendapatkan rawatan untuk penyakit anda ini kerana SLE memerlukan rawatan yang konsisten bagi mengelakkan flare dan melambatkan komplikasi yang parah.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan.
Diharap jawapan ini dapat sedikit sebanyak membatu anda. Terima kasih.