Sulit
5 tahun
Soalan tentang Covid 19
Saya wanita umur 33tahun. Says mengalami kesukaran bernafas dan panas badan selama beberapa hari tapi saya tak pasti adalah sebab hidung tersunbat stay tidak. Saya memang selalu selsema tapi tak pernah susah nafas macam ini.
Sudah jumpa doctor Dan makan ubat tapi rasa sangat lenguh/letih. Masih ada rasa susah nafas kadang 2. Macam mana? Dan Kalau sudah makan ubat masih boleh buat saringan covid?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera.
Terima kasih untuk soalan anda. Menurut WHO, simptom-simptom COVID-19 yang lazim dilaporkan ialah:
- Demam (lebih daripada 37.5 darjah celsius)
- Keletihan
- Batuk
- Lenguh dan sakit sendi
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Kesukaran bernafas
Saya memahami kebimbangan anda. Anda boleh melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Selain COVID-19, masalah demam, selsema dan sukar bernafas boleh disebabkan oleh masalah kesihatan lain:
- Jangkitan bakteria atau virus
- Asma
- Allergic Rhinitis
- Anemia
- COPD: Masalah paru-paru sempit
- Penyakit TB
- Alahan
- Penyakit jantung koronari
Buat masa sekarang, anda boleh memantau simptom anda dan amalkan langkah pencegahan yang telah disarankan semasa tempoh sekatan pergerakan ini.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/.

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































