
Sulit
3 tahun
Soalan tentang sakit pinggang
saya lelaki 20 an , dan mengalami sakit pinggang sebelah kiri . adakah ini tanda masalah buah pinggang? mohon pencerahan

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah sakit pinggang yang anda hadapi. Bagaimanapun, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan. Namun, secara umum, terdapat beberapa penyebab masalah sakit pinggang boleh berlaku, antaranya ialah:
- Saraf terhimpit (nerve entrapment)
- Masalah tulang belakang
- Osteoarthritis
- Kecederaan tulang belakang atau pinggang
- Prolapsed intervertebral disc
Untuk mengetahui punca sebenar dan rawatan yang tepat terhadap masalah yang anda hadapi, maklumat tambahan dan pemeriksaan susulan adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk perkara ini lebih lanjut secara langsung dengan doktor di klinik/hospital berdekatan bagi mendapatkan kesimpulan yang lebih sempurna.
Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi.Jawapan ini hanyalah keterangan am tentang masalah anda.Terima kasih
Masih risau dengan sakit pinggang? Usah gusar, pakar tulang (Orthopaedics) kami sedia membantu!