
Sulit
4 tahun
Somatic symptom disorder dan hair loss
Assalamualaikum dr, saya wanita berumur 20 tahun. Sejak saya mengalami depression, rambut saya gugur banyak dari kebiasaan semasa cuci dan sikat rambut dan sembelit. Saya nak tanya, adakah somatic symptom disorder nih berkaitan juga dengan hair loss?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Melalui penerangan anda, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Untuk makluman anda, somatic symptom disorder melibatkan individu yang mempunyai fokus yang jelas terhadap gejala fizikal, seperti rasa sakit, kelemahan atau sesak nafas, dan yang mengakibatkan tekanan dan masalah untuk melakukan aktiviti harian. Sesetengah pesakit juga akan mengalami tekanan dengan keguguran rambut yang sebenarnya berlaku secara fisiologis/normal. Bagi menentukan diagnosis penyakit ini, ia memerlukan pemeriksaan yang menyeluruh sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat.
Rambut gugur juga boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Kelemumur
- Tinea capitis ; sejenis jangkitan kulat
- Unbalanced diet akibat kekurangan iron ataupun vitamin
- Androgenic alopecia akibat ketidakseimbangan hormon
- Penyakit autoimun
Namun begitu ini hanyalah pandangan kami secara umum tentang hal ini. Diagnosis berkaitan mental/psikiatri perlu dibuat oleh pakar setelah pemeriksaan yang komprehensif dilakukan kepada anda.
Dapatkan rehat yang di perlukan dengan tidur yang berkualiti.
Untuk info lanjut, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan yang diinginkan.Terima kasih