
Sulit
4 tahun
SOP Kuarantin covid 19 di Rumah
Salam sejahtera, housemate saya merupakan salah seorang kontak rapat pesakit covid. Dia telah disahkan negatif untuk ujian kali pertama tapi masih perlu menjalani kuarantin 10 hari. Soalan saya adakah saya juga perlu kuarantin? Kerisauan saya adalah pada barang umum yang dikongsi seperti tombol pintu walaupun saya sudah memastikan sentiasa sanitasi sebelum digunakan.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham situasi yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, anda tidak perlu dikuarantin sekiranya tiada arahan untuk dikuarantin. Namun begitu, ingin kami tekankan bahawa anda digalakkan untuk melakukan kuarantin kendiri sehingga rakan anda membuat ujian kedua dan keputusannya disahkan negatif kerana keputusan ujian pertama yang negatif tidak memberikan jaminan bahawa rakan anda tidak mempunyai virus tersebut pada ujian kedua.
Oleh itu kami sarankan anda untuk membuat kuarantin kendiri dan memantau kesihatan anda. Sekiranya anda mempunyai gejala, sila hubungi pihak kesihatan dengan segera.
Menurut WHO, simptom-simptom COVID-19 yang lebih lazim dilaporkan ialah:
- Demam (lebih daripada 37.5 darjah celsius)
- Keletihan
- Batuk
- Lenguh dan sakit sendi
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Kesukaran bernafas
Sekiranya anda mengalami gejala di atas, anda haruslah segera berjumpa dengan doktor atau mendapatkan ujian saringan di hospital/klinik berdekatan untuk kepastian. Anda juga boleh klik pautan ini untuk meminta secara langsung ujian saringan COVID-19 atau hubungi Pusat Kesiapsiagaan dan Respons Krisis (CPRC). Selain daripada itu, anda digalakkan untuk mempraktikkan kebersihan tangan dengan baik dan memakai topeng muka anda di khalayak ramai.
Talian CPRC:
0388810200
+60178429454
cprc@moh.gov.my
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini