
Sulit
5 tahun
Sore throat and shortness of breath
Sy wanita berumur 36 tahun. Sy sudah mengalami sakit tekak dr seminggu yg lepas. Namun begitu, isnin (2/3/2020) sy merasa pening dan telah ke klinik swasta. Di klinik, Dr yg memeriksa sy memaklumkan yang sy demam dgn suhu 37.5c. Beliau telah memberikan sy ubat demam, ubat resistant dry cough, ubat sakit tekak (hisap) dan ubat selsema (pg dan mlm). Pemeriksaan di pejabat pd hari ini menunjukkan suhu bdn sy sudah turun kpd 36.6c ttp sy masih merasa sakit tekak dan kadang2 mengalami debaran yg menyebabkan sy mengalami shortness of breath. Perlu ke sy menjalani ujian saringan covid-19?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi.
Masalah [sakit tekak](http:// Jangkitan bakteria/virus Tekak luka akibat batuk Tekak tercedera akibat makanan keras atau tajam Terlalu banyak menjerit atau bercakap Kurang minum air) dan batuk boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Jangkitan bakteria/virus
- Tekak luka akibat batuk
- Tekak tercedera akibat makanan keras atau tajam
- Terlalu banyak menjerit atau bercakap
- Kurang minum air
Walaubagaimanapun, memandangkan sekarang ialah wabak COVID-19, anda disarankan untuk klik pada link ini untuk mendapatkan maklumat lanjut coronavirus di sini:
- Anda dikehendaki untuk menilai kategori risiko anda. Kuiz menilai risiko (Nilai Risiko COVID-19).
- Rujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM yang tersedia pada link ini (COVID-19 Portal)
- Gejala-gejala COVID-19 adalah seperti dibawah:
demam (iaitu apabila suhu tubuh melebihi 37,5)
batuk
sesak nafas
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini