Sulit
3 tahun
Spotting cair berwarna coklat
Saya wanita berusia 29 tahun (hari ni genap umur sy 29 tahun) dan kalau mengikutkan kalender period (period tracker) sy hri ni merupakan hari ovulation day tapi pagi tadi selepas saya bangun dari tidur utk mandi ada titikan darah berwarna coklat dan dia cair bkn spt darah period yg pekat. Hanya jatuh 2 titik sahaja. Bau spt darah period. Adakah itu normal sebab saya tidak pernah mengalaminya. Saya sudah berkahwin selama 3 tahun dan masih belum mempunyai anak.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu spotting cair berwarna coklat.
Untuk maklumat anda, spotting atau pendarahan coklat seperti yang anda ceritakan boleh disebabkan oleh banyak perkara, antaranya:
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Pendarahan implantasi kehamilan
- Pengambilan pil perancang kehamilan boleh menyebabkan spotting
- Sesetengah wanita mengalami spotting sewaktu ovulasi
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa.
Anda boleh klik pada link ini (DoctorOncall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian dengan percuma. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih
Anda masih risau tentang spotting yang anda alami ? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!