
Anonymous
4 tahun
Spotting coklat + merah jambu
Hi doktor, sy berumur 26 tahun. Period saya memang tidak teratur. Bulan mac period sy tak dtg sebulan. Bulan april sy dtg period awal bulan. Bulan ni bulan may sy still tak dtg period lg. Tp kalau ikutkan calendar period, period sepatutnya start dtg around 18/5-19/5. Awal bulan 5, ada keluar spotting coklat and merah jambu sikit je utk 4/5 hari mcm tu. Tapi dia keluar sekejap je maksudnya ptg tu tengok kat pantiliner ada spotting tu lepastu waktu lain takde dah. Esok tu mcm tu juga. Then sekarang ni patut keluar period tp keluar spotting coklat sikit je kt pantyliner, keluar wktu pagi. Sy pun confuse nak puasa ke tak sbb lepas subuh mmg tak keluar apa dah. Selalu nk period sy ada symptom sakit kepala, period cramp, craving, jerawat naik. Tapi so far semua tu takde just jerawat naik kecik. Sy dah berkahwin 2 tahun. Masa awal bulan 5 tu lepas ada spotting coklat dgn merah jambu sy ad buat upt test mmg -ve. Sy stress bila keluar sikit sikit mcm ni lg lg bulan puasa. APa tandanya ?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Untuk maklumat anda, spotting atau pendarahan sedikit seperti yang anda ceritakan boleh disebabkan oleh banyak perkara, antaranya:
- Pendarahan implantasi kehamilan
- Pengambilan pil perancang kehamilan boleh menyebabkan spotting
- Sesetengah wanita mengalami spotting sewaktu ovulasi
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
Jika anda telah haid, kemungkinan untuk hamil adalah rendah. Anda boleh mendapatkan alat ujian kehamilan di farmasi dan melakukan ujian di rumah dan mendapatkan nasihat lanjut untuk masalah ini. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOncall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian dengan percuma. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.