
suhadarahin
5 tahun
Status minggu kehamilan saya
Dr. Dlm bulan 10 selepas sex bersama husband sy period pada tarikh 14.11.sekarang saya hamil kalau ikut kiraan sudah 8-9 minggu. Tetapi bila pergi scan awal kehamilan dimesin megatakan saya hamil dalam 6-7 miggu. Adakah saya hamil selepas saya sex dengan husband pada selepas 14.11 ataupun dari bulan 10? Sebab sy ada pergi Di klinik berlainan megatakan sy hmil 9 mgu.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman anda, walaupun terdapat beberapa cara bagi menghitung usia kehamilan, namun tiada satu kaedah yang dapat memberikan hasil yang pasti. Teorinya adalah, ia adalah anggaran usia kehamilan.
Cara pertama adalah melalui hitungan dari hari pertama haid terakhir anda. Melalui kaedah ini, memandangkan hari pertama haid terakhir adalah 14/11, didapatkan usia kehamilan adalah sekitar 4 minggu. Namun, sekiranya “haid” itu adalah sebenarnya perdarahan di awal kehamilan, maka kemungkinan usia kehamilan anda adalah lebih lama.
Cara kedua adalah melalui scan ultrasound. Menurut kajian, kaedah ini adalah lebih tepat dibandingkan yang atas. Ia biasanya boleh menghitung usia bayi paling tepat pada usia kehamilan sekitar 12 minggu.
Justeru, sukar untuk dikonfirmasikan usia kehamilan sebenar anda disini yang mana. Untuk info lanjut, silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.