
nooratiqah89
5 tahun
Stop cucuk depo tapi nak tukar ambil pil perancang
Saya 30tahun… hampir 3 tahun ambil cucuk depo untuk family planning. Now, saya bercadang untuk stop cucuk depo dan bertukar untuk mengambil pil perancang… apa yg perlu saya lakukan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang soalan yang diajukan. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Untuk makluman puan, suntikan depo-provera hanya bertahan untuk 3 bulan. Jika puan ingin berhenti menggunakan suntikan depo, puan hanya perlu menunggu hingga kesan depo tersebut habis iaitu 3 bulan selepas suntikan diambil. Selepas itu, puan boleh mula mengambil pil perancang. Namun, untuk 7 hari pertama selepas mengambil pil tersebut, puan harus mengamalkan alternatif kontrasepsi seperti kondom untuk mencegah kehamilan.
Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.