
rkhai32
5 tahun
Stress dan emosi melampau dengan kekangan seks bersama pasangan
Saya lelaki 20 an,sering mneglami gangguan stress dan emosi melapau sehingga melibatkan ganggguan terhadap rutin harian,punca daripa dakekangan seks bersama pasangan dan kekangan onberonani,dalam tempoh pasangan sedang menjalani process post natal dan ketika berjauhan,perlukah saya mendapatakn rawatan terapi atau ubat makan yg boleh menawal kadar stress atau perlukan nasohat pakar psikatrik

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih kerana mengajukan soalan. Kami faham tentang masalah yang anda hadapi.
Jika anda boleh meningkatkan mutu dan kualiti seks dalam kehidupan anda, hal ini dapat membantu mengurangkan stress dan emosi anda. Anda boleh melakukan langkah-langkah berikut untuk meningkatkan kualiti kehidupan seks anda:
- Berjumpa pakar terapi dan pakar psikiatri tentang masalah ini
- Cari masa paling sesuai untuk berbincang dengan pasangan
- Elakkan memberi kritikan
- Jujur dalam hubungan
- Menambah ilmu pengetahuan tentang perbezaan kehendak lelaki dan perempuan
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.