Sulit
3 tahun
Stress sebab sukar nafas atau nafas pendek
Saya lelaki berumur 20an mengalami sukar untuk bernafas. Saya mengalami stress sejak beberapa hari yang lalu. Adakah stress boleh menyebabkan perkara ini berlaku ?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang sesak nafas.
Untuk makluman anda, memang ada kemungkinan sesak nafas berlaku disebabkan oleh tekanan emosi anda. Namun saya tidak menolak sebab lain yang boleh memicu kepada sesak nafas seperti:
- Anemia - kurang darah merah
- Penyakit Asma
- COPD: Masalah paru-paru sempit
- Penyakit TB
- Alahan
- Penyakit jantung koronari
- Obesiti
- Pneumonia
- Pengumpulan cecair dalam selaput paru-paru (pleural effusion)
- Pengumpulan cecair dalam abdomen (ascites)
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Hidung tersumbat dan sukar bernafas? Dapatkan kelegaan segera.
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.