
Sulit
5 tahun
Suami pancut awal semasa bersama
sya sudah 7 bln berkahwin… Namun masih belum hamil… Dan, ketika bersama suami, suami sering pancut awal… tak sampai 10 - 15 minit… adakah ia menjadi 1 masalah dlm usaha utk hamil?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, pancut awal atau ejakulasi pramatang adalah suatu keadaan apabila seseorang lelaki ejakulasi dalam tempoh yang cepat dalam nilai waktu/saat yang objektif. Secara umum, ejakulasi pramatang boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Ketidakupayaan untuk mengawal ejakulasi
- Faktor intrapsikik seperti anxiety, kemurungan dan rasa bersalah
- Masalah interpersonal seperti hubungan dengan pasangan dan respons pasangan
- Gangguan atau kerosakan saraf
- Kesan pengambilan sesetengah ubatan
Memandangkan keadaan ini dapat disebabkan oleh pelbagai faktor, sebaiknya anda merujuk doktor untuk mengenalpasti penyebab sebenar terjadinya ejakulasi pramatang ini.
Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.