
Sulit
5 tahun
Suami tidak mahu bersama
Saya baru berkahwin 8 bulan. Suami agak dingin sedangkan saya mahu hamil. Boleh kah saya mendapatkan ubat viagra untuk diberikan pada suami secara senyap senyap

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, ubat viagra digunakan untuk masalah erectile dysfunction. Oleh itu, tidak disarankan untuk suami anda mangambil ubat ini jika tidak ada masalah tersebut.
Pada pendapat saya, lebih baik jika puan berbincang dengan suami mengenai hal ini dengan baik. Anda juga boleh berjumpa dengan pakar kaunseling keluarga jika anda menghadapi masalah dalam hubungan seksual.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.