
Sulit
5 tahun
Suara tak ada, serak
Hi doctor. Saya start batuk isnin lepas, mula tak ada suara jumaat ni iaitu smlm. Badan rs tak sedap…mcm nak demam… Tapi sy xdemam. Patut ke saya ke hospital?

5 tahun
Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Memandangkan anda mengalami gejala batuk, sila lakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Selain COVID-19, punca-punca batuk termasuklah:
- Jangkitan bakteria atau virus
- Asma
- Allergic Rhinitis
- Pneumonia
- Penyakit tibi
- COPD
Untuk makluman anda simptom COVID-19 boleh mempunyai persamaan dengan penyakit lain. Jika anda mula untuk menunjukkan simptom, anda perlulah melaporkan diri ke hospital ataupun klinik dengan kadar segera. Pesakit akan mengalami simptom seperti berikut:
- Sakit tekak
- Batuk
- Selsema
- Demam
- Sesak nafas
- Sakit badan
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini