
Anonymous
2 tahun
Suara Tidak Garau Setelah Akil Baligh
Saya remaja lelaki brusia 17 tahun,walaupun saya telah akil baligh saya mendapati suara saya tidak garau,suara saya sedikit lembut dan tidak segarau suara rakan yang lain,mohon penjelasan apakah masalah yang saya hadapi?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, keadaan suara tidak garau ketika umur belasan tahun adalah satu kebiasaan bagi kaum lelaki yang akil baligh. Untuk suara menjadi lebih dalam, ia memerlukan masa kerana proses peti suara untuk adaptasi akan proses tumbesaran badan akibat akil baligh memerlukan masa dan bukannya dicapai dalam masa yang singkat. Sekian.