
Sulit
4 tahun
Subur Ke Tidak jika memasukkan sesuatu ke dalam faraj
Saya adalah seorang pelajar.Saya tidak berkahwin lagi.Saya pernah memasukkan beberapa alat ke dalam alat kelamin saya sebanyak beberapa kali.Soalan saya adakah faraj saya akan mengalami kerosakan atau kesuburan saya hilang.Saya juga risau jika saya tidak boleh hamil.Saya ingin berhenti juga membuat perkara ini.Doktor boleh menolong saya.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Untuk pengetahuan anda, kesuburan anda tidak akan terganggu melainkan anda mempunyai masalah kesihatan yang boleh mengganggu kesuburan.
Komplikasi sekiranya anda beronani secara keterlaluan dan kasar boleh menyebabkan kecederaan kepada dinding faraj dan berkemungkinan menyebabkan luka pada dinding faraj.
Berikut antara perkara yang boleh dilakukan oleh anda untuk berhenti beronani:
- Elakkan daripada terjebak kepada pornografi
- Lakukan perkara yang boleh mengalihkan perhatian anda daripada memikirkan perkara negatif
- Mengamalkan gaya hidup sihat seperti bersenam dan bersukan
Sekiranya perkara ini mengganggu anda, kami cadangkan anda untuk pergi membuat pemeriksaan bersama doktor dan pakar kaunseling. Mereka dapat membantu anda.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.