
Sulit
5 tahun
Sudah Dua hari mengalami keguguran
Saya wanita 20’an dan saya keguguran, usia kandungan 10 minggu…mula keguguran 03 mei … Apakah kaedah, cara atau ubat untuk membersihkan atau mencuci supaya tidak ada sisa sewaktu keguguran yang tertinggal selain berjumpa dengan doktor? disebabkan keadaan sekarang yang tidak mengizinkan, d tambah pula dengan tinggal dipedalaman sangat sukar untuk pergi berjumpa doktor.

5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, keguguran adalah satu masalah yang serius yang boleh disebabkan oleh pelbagai faktor. Antara gejala keguguran adalah pendarahan yang berketul dan doktor akan melakukan pemeriksaan untuk mengesahkan keguguran tersebut apabila tiada denyutan jantung bayi dan juga tiada kantung pada pemeriksaan ultrasonografi.
Untuk mengetahui rawatan yang paling tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan fizikal adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor agar sebarang prosedur boleh dilakukan dengan selamat dan agar komplikasi seperti pendarahan yang berterusan dan yang boleh mengakibatkan kematian boleh dielakkan. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.