Adri

5 tahun

Sudah dua minggu sakit kepala sampai ke mata

Haii, saya nak tanya kepala saya dah dekat dua minggu sakit, tak thu knpe , tak kan migraine, kalau sakit tu smpai kemata sakit nya

Dr Ramzdhan,

5 tahun

Hai, terima kasih atas persoalan anda.

Terdapat banyak jenis sakit kepala. Adalah penting untuk mengenal pasti jenis sakit kepala yang anda alami. Pertama terdapat sakit kepala yang disebabkan oleh ketengangan ataupun stres, ini adalah jenis yang paling biasa di kalangan orang dewasa dan remaja. Jenis sakit kepala ini boleh menyebabkan sakit ringan dan sederhana. Ia datang dan pergi dari masa ke masa. Mereka biasanya tidak mempunyai gejala lain.

Anda boleh merawat jenis sakit kepala ini dengan ubat NSAIDs seperti aspirin. Kedua, migrain juga boleh menyebabkan sakit kepala yang sengit yang sering digambarkan sebagai berdebar, sakit berdenyut. Sakit kepala jenis ini boleh berlangsung dari 4 jam hingga 3 hari dan biasanya berlaku satu hingga empat kali sebulan. Bersama-sama dengan rasa sakit, terdapat simptom yang lain, seperti sensitiviti terhadap cahaya, bunyi bising, atau bau, mual atau muntah, kehilangan nafsu makan dan sakit perut. Adalah penting untuk mengelakkan pencetus yang boleh menyebabkan migrain.

Selain itu, terdapat juga sakit kepala kluster yang merupakan jenis sakit kepala yang paling teruk. Ia menyebabkan sakit kepala yang teruk, sakit yang menusuk di bahagian belakang atau sekitar satu mata. Ia biasanya berdenyut dan rasa sakit boleh menjadi sangat buruk sehingga kebanyakan orang dengan sakit kepala kluster tidak boleh duduk diam. Sakit kepala kluster juga boleh menyebabkan kelopak mata menggelembung, mata merah dan lubang hidung di sebelah yang terkena menjadi tersumbat. Adalah dinasihatkan untuk berunding dengan doktor dan mengetahui mengenai keadaan anda supaya anda dapat merawat keadaan anda dengan berkesan.

Dr Ilias,

5 tahun

Salam. Terima kasih atas soalan anda.

Antara diagnosis sakit kepala yang sering doktor temui termasuklah tension headache. Ini boleh dirasai sebagai ketegangan otot di kedua-dua belah kepala. Kesakitan ini sering disebabkan oleh stres yang pesakit hadapi dalam kehidupan harian. Rawatan yang biasanya diberi termasuklah ubat tahan sakit, urut dan cara-cara untuk mengurangkan stres.

Diagnosis kedua yang sering ditemui ialah migrain. Migrain sering menjejaskan hanya salah sebelah kepala dan kesakitan tersebut bersifat berdenyut. Pesakit-pesakit migrain juga kerap berasa loya dan muntah. Mereka menjadi sensitif terhadap cahaya atau bunyi dan kesakitan itu berkurang jika mereka berehat di tempat yang sunyi dan gelap.

Selain itu, sakit kepala juga boleh disebabkan oleh cluster headache (ataupun sakit kepala kluster). Pesakit-pesakit biasanya mengalami serangan sakit kepala yang amat teruk di bahagian mata dan mereka juga boleh mengalami simptom seperti mata merah dan mata dan hidung berair. Serangan ini sering berlaku pada waktu malam dan mengambil masa 15 minit hingga 3 jam. Rawatan yang diberi termasuk oksigen dan ubat suntikan.

Punca-punca sakit kepala yang lain, seperti meningitis, sinusitis dan glaukoma, juga penting untuk dipertimbangkan. Oleh sebab kesakitan kepala boleh berpunca daripada pelbagai jenis penyakit yang memerlukan rawatan berbeza-beza, anda digalakkan berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan dan ujian lanjut.

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Darah Tinggi (418) Penuaan (16) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (50)