
Sulit
5 tahun
Sudah jumpa doctor tp tak rasa sembuh
Abang saya berumur 51, 2 hari lalu pergi klinik dpt ubat relief muscle and selesema, semalam pergi klinik kesihatan juga sebab rasa susah nafas. Dpt ubat gastric dan salt water, tp hari ini dia juga berasa susah nafas lagi. Doctor blh advice mcm mana skrg ya.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah sesak nafas yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Anemia - kurang darah merah
Penyakit Asma
COPD: Masalah paru-paru sempit
Alahan
Penyakit jantung koronari
Memandagkan anda sudah berjumpa dengan doktor, ingis saya katakan bahawa konsultasi dengan mereka adalah lebih terperinci berbanding pihak kami. Hal ini kerana keterbatasan dalam mendapatkan maklumat lanjut, pemeriksaan fizikal serta ujian lain untuk mendapatkan kesimpulan mengenai masalah abang anda.
Oleh kerana doktor yang merawatnya tidak mengesyaki apa-apa masalah serius yang menyebabkan gejala abang anda, nasihat saya awasi dahulu gejala yang beliau alami. Mungkin gejala beliau mengambil sedikit masa untuk baik. Sekiranya masih tidak bertambah baik malah semakin parah, saya sarankan untuk anda ke hospital lagi.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan.
Semoga abang anda cepat sembuh. Terima kasih.