Sulit

3 tahun

Sudah setahun tidak datang haid

Doktor, saya berumur 43 tahun, saya nak tanya pada mula2 saya dtg haid sebulan sekali… lama kelamaan 2 bln sekali… pastu dua tiga bln sekali… dan sekarang sudah lbh dr setahun saya tak datang haid… adakah saya sudah monopouse?.. atau adakah apa2 ubat yang boleh kembalikan haid dengan teratur sbb kakak saya yg berumur 50 tahun lbh masih dtg hadi… jutaan terima kasih di atas jawapan ikhlas dari doktor…

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.

Kami memahami kebimbangan anda mengenai masalah haid tidak datang selama setahun yang anda jangkakan disebabkan oleh Menopaus. Untuk makluman anda, kedatangan haid yang telah berhenti hanya dikira sebagai kondisi Menopaus sekiranya haid anda telah berhenti selama setahun atau lebih. Secara purata, ia akan berlaku pada wanita berumur dalam lingkungan umur 40-50an. Namun, ia juga boleh berlaku pada bila-bila masa selepas waktu 40.

Umur wanita untuk menghadapi menopaus adalah sangat subjektif, dan ia bergantung kepada kesihatan umum wanita tersebut. Ada sesetengah wanita yang mengamalkan pemakanan yang sihat serta gaya hidup yang sihat akan mengalami menopaus dalam sekitar umur 50 lebih.

Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.

Menopause merupakan satu perkara fisiologik yang berlaku bersama peningkatan umur. Oleh itu, ia adalah amat sukar ataupun mustahil untuk memulakan kembali kitaran haid selepas menghadapi menopaus. Namun, rawatan hanya diberi kepada para wanita menopaus yang mengalami simptom-simptom menopaus yang boleh mengganggu aktivti harian serta memberi risiko kepada sesetengah penyakit yang disebabkan oleh kekurangan hormon wanita (estrogen). Ini lebih dikenali sebagai Hormone Replacement Therapy yang digunakan untuk wanita yang mengalami:

  • Keruaman panas dan berpeluh malam
  • Pemerahan
  • tulang rapuh yang disebabkan oleh osteoporosis.
  • Pengecilan lubang vagina (Vaginal atropghy) yang boleh menyebabkan pendarahan yang tidak selesa.
  • Kemurungan dan kegelisahan
  • Masalah insomnia dan pemberian tumpuan
  • Sakit kepala dan masalah memori
  • Sakit sendi dan keguguran rambut
  • Sakit payudara

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.

Anda masih risau tentang masalah menopaus ? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!

1140-woman-menopause-hot-flash

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Darah Tinggi (418) Penuaan (16) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (31)